SEJARAH


            Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2, mula beroperasi pada  3 haribulan Januari 2004. Terletak kira-kira 25 kilometer dari Bandar Klang  dan lebihkurang  10 kilometer dari pekan Pelabuhan Klang. Pada tahun pertama operasinya jumlah murid seramai 125 orang dengan 12 orang guru termasuk 3 orang  pentadbir.  Hanya terdapat 5 buah  kelas iaitu tahun 1 hingga tahun 5 .

Pada tahun 2005 adalah tahun pertama UPSR  diadakan dengan calonnya seramai 12 orang. Kawasan ini merupakan penempatan baru kepada pemutihan setinggan dari kawasan  Pelabuhan Klang.Hampir  keseluruhan murid sekolah ini datangnya dari kawasan  sekitar sahaja dan  kebanyakan penduduknya bekerja sebagai buruh di West Port. Pelabuhan Klang. Lokasi sekolah ini agak  menarik kerana berhampiran dengan Kolej Segi dan Terminal Star Cruise.

Rekabentuk sekolah agak unik dengan 3 blok 4 tingkat berbentuk U. Jumlah kelas yang ada sebanyak  22 bilik serta dilengkapi dengan 2 buah dewan . Pejabat terletak ditingkat 2 blok B, bilik guru di tingkat 2 blok C dan Pusat Sumber sekolah ditingkat 3 blok A.  Mempunyai prasarana sekolah yang lengkap dengan kemudahan api dan air serta semua bilik-bilik khas (Pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat dan PSS) dilengkapi dengan penghawa dingin..

            Pada tahun 2008 kelas Pendidikan Khas  Integrasi (Masalah Pembelajaran) telah dibuka dengan murid seramai 7 orang dan 2 orang guru serta seorang pembantu pengurusan murid. Tahun 2008 juga sekolah telah membuka sebuah kelas prasekolah dengan murid seramai 25 orang dan seorang guru pra serta seorang PPM.

Tahun 2014 , murid sekolah ini seramai 546 dengan 36 orang guru. Kelas Pendidikan Khas Integrasi dan Pra sekolah masing-masing sebanyak 3 kelas. Latarbelakang penduduk juga telah pelbagai apabila wujudnya markas Polis Marin dan APMM disini


Guru Besar pertama sekolah ini Tuan Haji Ariffin b Hj.Sidek  melapor diri pada 16.03.2004  . Beliau telah bersara disekolah ini pada 19.1.2008. Guru Besar yang kedua ialah En.Mohd Yusoff bin Jaafar dari 18.7.2008 hingga 16.6.2011. Diikuti dengan guru besar yang ketiga En.Kamsani bin Sahlan dari 16.6.2011 hingga 27.12.2012. Sekarang sekolah ditadbir oleh guru besar yang keempat En.Mohd Nizam bin Mohd Iksan bermula pada 27.12.2012.  

No comments:

Post a Comment